24 October, 2012

Beli cadar di Harrods RM9,765?

Cadar-cadar pilihan dari Harrods
Borneo Post pada 25 April melapurkan Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jafaar telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta untuk membina 30 rumah baharu penduduk miskin bagi seluruh Parlimen Santubong.
Penduduk miskin yang menerima bantuan terbabit adalah hasil kerja-kerja mencari rumah usang yang dijalankan secara bersama oleh Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Santubong, Pejabat DUN Demak Laut dan DUN Pantai Damai pada awal tahun ini. 
Hari ini bekas menantu Mahmud Taib, Shahnaz A.Majid melapurkan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir telah membelanjakan:

06 Jun di Ferrari Shop sebanyak RM6,175 
14 Jun di Harrods sebanyak RM117,919 
17 April di Wellington Hospital sebanyak RM37,040 
25 Mei di Starhill KL sebanyak RM123,800

Cadar katil sahaja di Harrods berharga RM9,765. Di dalam CIMB Islamic Bank Kuching menunjukan simpanan sebanyak RM5.75mil.

Harapkan bermain salji di Switzerland kini gigit jari

Geneva adalah nama terkenal sebagai pusat kewangan terkemuka dunia terletak di Switzerland. Sebuah negara cantik yang menjadi cita-cita untuk dilawati. Ekonomi Geneva berorientasikan perkhidmatan khasnya sektor kewangan yang penting dan perbankan swasta tertua. Mereka mencatat pengurusan aset kira-kira 1 trilion USD serta membiayai perdagangan antarabangsa.

Baru-baru ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuat serbuan Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd kerana siasatan awal BNM mendapati syarikat itu memang menjalankan urus niaga penjualan emas untuk menarik minat pelabur, tetapi bertukar kepada hanya mengambil deposit. Operasinya adalah sama seperti kebanyakan skim cepat kaya yang tidak sah. Hasil siasatan juga mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) telah melebihi aset syarikat itu. Dengan jelas ia menunjukkan bahawa Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Tidak dinafikan terdapat segelintir pelabur pada peringkat awal tertipu dengan nama Geneva dan Genneva. Sebutannya mungkin sama tetapi pelaburannnya langsung tidak sama. Mereka beranggapan ia merupakan pelaburan yang bersangkut paut dengan Geneva Switzerland dan pelabur-pelabur juga sudah berangan-angan apabila kaya dengan untung pelaburan jongkong emas ini mereka akan terbang ke Switzerland untuk bermain salji dan meluncur ski di sana.

Rupa-rupanya mereka bermimpi di siang hari. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Mengharapkan pulangan pelaburan dengan goyang kaki kini berakhir dengan tidur di atas jongkong-jongkong emas yang perlu dilebur dahulu untuk dijadikan perhiasan isteri. 

Semalam saya terjumpa seorang rakan yang melabur sebanyak RM200ribu dengan wang hasil hadiah persaraan terduduk mengosok-gosok lima keping jongkong emas sebesar dua jari.